Pages

Tuesday, September 28, 2010

Refleksi Pembelajaran

Assalamualaikum....setelah beberapa bulan mempelajari Teknologi Maklumat, saya dapati subjek ini sungguh menarik. En.Nik telah memberikan pelbagai maklumat kepada kami sekelas. proses pembelajaran merupakan proses mengubah. kami perlu berfikiran inovatif dan kreatif agar berfikir luar daripada 'kotak'. Selama ini kami hanya 'disuap' oleh guru tetapi kini kami perlu berfikir sendiri dan berdikari. Dengan membuat refleksi, kami dapat mengenali diri kami dan dapat muhasabahkan diri. Penghasilan produk adalah seperti blog, kami berasa bangga kerana dapat menghasilan 1 produk yang kreatif. Kami perlulah mencari dan meneroka agar meningkatkan daya pemikiran. Apabila kita belajar,sebenarnya kita dapat membayangkan pembelajaran tersebut. Proses belajar merupakan proses bermain,oleh itu pembelajaran akan menjadi menarik. kita perlu berubah bukan kerana teknologi akan tetapi kita berubah agar lebih produktif.

No comments: