Pages

Tuesday, October 12, 2010

Nyayian Sahabat


Persahabatan adalah hidup
ia mengalir di darahku
bergetar di nadiku
berirama dengan tiap detak jantung

Persahabatan adalah kukuh
setegar batu karang
seperti tembok cina
meski raga tumbang
ia akan selalu tegak dalam dada yang memendam langit

nyanyian ini untukmu kawan

Untuk setiap gelas yang tak sempat kau teguk
untuk kebahagiaan yang belum lama kau rasakan
dari luka yang panjang

nyanyian ini untukmu kawan

Untuk setiap langkah yang kau jejakkan
pada jalan-jalan takdir yang menggurat di telapak kaki
untuk kebersamaan kita di detik terakhir
dan untuk semua kebisingan ini

Persahabatan adalah nyanyian
ia mengaun dalam setiap desah nafasku

Assignment TM


Semua dah hantar assigment TM, kami tunggu markah daripada Encik Nik. Encik Nik,bagi kami markah tinggi-tinggi ae...Kami dah buat yang terbaik dan hari ni kami akan update blog masing-masing. Kami berharap agar assigment yang kami buat tu dapat memuaskan hati encik. Terima Kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada kami sekelas.

Saturday, October 2, 2010

LITERASI MAKLUMAT

Literasi maklumat merujuk kepada keupayaan mencari data dan sumber yang menghasilkan maklumat, kebolehan memilih dari pelbagai sumber, menganalisa dan mentafsirkannya bagi mendapatkan bahan yang relevan dan tepat (Ponelis, 1998). Keupayaan ini merupakan salah satu kemahiran utama yang diperlukan untuk menjadi kaya maklumat dan ianya boleh diperolehi melalui program kemahiran maklumat. Ianya juga boleh digabungkan dengan program literasi ICT atau dibangunkan secara berasingan oleh pusat sumber maklumat di sekolah, pusat maklumat dan perpustakaan bagi orang awam dan di tahap pendidikan tinggi. Kejayaan program sedemikian dapat diukur melalui komuniti yang mengenal nilai maklumat dan mengetahui dari mana dan bagaimana untuk mendapatkan maklumat pada masa yang diperlukan.

Untuk menjadi celik maklumat, seseorang itu mesti berupaya mengenalpasti bila maklumat diperlukan dan berkeupayaan mengesan, menilai, dan menggunakan dengan berkesan maklumat yang diperlukan itu. Individu-individu yang celik maklumat adalah mereka yang telah mempelajari bagaimana untuk belajar. Mereka tahu bagaimana untuk belajar kerana mereka tahu bagaimana pengetahuan disusun, tahu bagaimana mencari maklumat, dan tahu bagaimana menggunakan maklumat itu agar orang lain dapat mempelajari daripada mereka (Byerly/Brodie, 1999).

Kemahiran maklumat atau literasi maklumat membolehkan seseorang itu mengenal pasti nilai maklumat and menggunakannya untuk membuat keputusan tujuan peribadi, profesional atau akademik. Seseorang yang celik maklumat atau mempunyai kadar literasi maklumat yang tinggi berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyusun, menyerap and menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format. Beliau boleh berbuat demikian dalam apa jua keadaan. Kemahiran maklumat adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ia memerlukan pembabitan atau penglibatkan yang berterusan dalam bidang pembelajaran dan penilaian maklumat.

Selain itu, kepentingan literasi maklumat adalah menjadikan manusia mengetahui cara mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan, dapat menjadikan seseorang individu bertambah maju , dapat menjadikan seseorang individu mengetahui atau mengenali multimedia dan kelebihannya dalam kehidupan. Seterusnya, dapat membimbing generasi ke arah haluan teknologi untuk membentuk generasi baru yang bermaklumat.

Literasi maklumat yang dimanfaat bersama membawa peningkatan besar kepada:

• Set pilihan dan opsyen peribadi yang terbuka dan ditawar kepada seseorang individu dalam konteks hal peribadi, keluarga dan kemasyarakatan.

• Kualiti dan kebergunaan pendidikan dan latihan di dalam suasana rasmi sekolah sebelum memasukki tenaga kerja, dan kemudiannya dalam suasana vokasional tidak formal atau pada latihan-dalam-kerja.

• Peluang mencari dan mendapat pekerjaan yang memuaskan dan memanjat tangga kerja dengan cepat dengan menerima ganjaran sewajarnya, dan membuat keputusan yang bijak dan berkesan dari segi kos mengenai ekonomi dan perniagaan.

• Penyertaan berkesan individu tersebut dalam konteks sosial, kebudayaan, dan politik, di kedua-dua peringkat komuniti setempat dan lebih tinggi lagi, dan ketika mengenalpasti dan memahami matlamat dan aspirasi profesional.