Pages

Tuesday, August 17, 2010

PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

Sekarang sibuk diperkatakan mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Ini lantaran sistem pendidikan di Negara kita yang terlalu berasaskan peperiksaan . Ini ada benarnya. Saya bersetuju bahawa memang pendidikan di Malaysia sangat berorientasikan peperiksaan. Saya pasti ramai lagi yang bersetuju. Namun persoalan yang harus dibangkitkan kini adalah mengenai tahap kesediaan negara untuk menghapuskan peperiksaan ini. Adakah kita sudah sedia? Dan mengapa hanya kini kita hendak menukar sistem pendidikan sedia ada?Jika dilihat kepada beberapa negara Eropah, terutama di Finland, negara kita jauh lagi ketinggalan. Pertamanya, mereka menyediakan pendidikan percuma untuk semua pelajar dan ini termasuk sekolah swasta.Semasa di prasekolah, penekanan adalah kepada mengapa mereka perlu belajar & keseronokan belajar. Mereka melakukan penilaian secara formatif atau berterusan di dalam kelas dan jika mereka gagal, maka mereka tidak boleh melangkah ke kelas seterusnya. Masuk sekolah menengah, mereka diasingkan mengikut potensi diri.Setiap sekolah pula diberikan ruang yang lebih besar untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri.Yang paling menarik, adalah pendapatan guru jauh berbeza (sek ren - $50 per jam, sek men - $80 per jam). Kerjaya guru sangat dihormati dan bukan calang-calang orang dapat menjadi guru dan mereka hanya mempunyai 18-20 orang dalam satu kelas. Persoalan kedua, mengapa kini? Saya suka menyentuh mengenai pendapat yang diberikan oleh beberapa pihak yang menyatakan bahawa sistem pendidikan kini lebih menjurus kearah peperiksaan dan ia lebih “girls@women favoured”. Kita dapat lihat hasil daripada sistem ini yang menyebabkan ketidakseimbangan antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan di universiti. Dan ini antara sebab juga mengapa dicadangkan agar peperiksaan ini dimansuhkan. Namun jika difikirkan kembali, sistem ini telah digunakan sejak puluhan tahun dahulu.Sistem yang sama bukan? Tetapi dahulu tidak timbul pula masalah ini. Saya berpendapat ini merupakan masalah adaptasi. .Apa-apa pun, saya bersetuju jika sistem berlandaskan peperiksaan ini dapat diubah namun negara perlu bersedia terlebih dahulu kerana ia melibatkan banyak pihak terutama usahasama guru dan ibu bapa, peranan sekolah yang lebih besar dan sistem penilaian yang akan digunakan. Jangan lakukan kesilapan yang sama semasa PPSMI dilaksanakan. Idea ini jika dapat dilaksanakan saya kira memang dapat meningkatkan lagi potensi diri pelajar yang pelbagai kepandaian (multiple intelligence).

Tuesday, August 10, 2010

BAKAL MENJADI SEORANG GURU

Guru?? biar betol aku akan digelar "cikgu" dalam masa 5 tahun akan datang?! tidak ku sangka masa depan ku dan rezeki ku adalah menjadi seorang guru. Aku bersyukur atas ketentuan Mu.
Aku ditempatkan di institusi pendidikan guru kampus tuanku bainun, Pulau Pinang(IPGKTB). Disinilah kehidupan baru dan alam universiti bermula. Aku merupakan guru pelatih bagi subjek MATEMATIK /PENGAJIAN INGGERIS/PENGAJIAN MELAYU. Aku ingin menimba ilmu dan mengambil peluang yang ada bagi mengasah kemahiranku untuk menjadi seorang guru. Aku berharap minat untuk mengajar dan menjadi seorang guru dapat dipupuk selama aku di IPGKTB. Aku dapat merasai cabaran sebagai seorang guru sedikit demi sedikit, aku percaya aku bakal menempuhi banyak lagi cabaran pada masa akan datang. Oleh itu,aku akan kuatkan semangat dan tabahkan hati. Aku telah setkan di minda ku dan merupakan prinsip hidupku bahawa segala dugaan dan apa-apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, aku pasti menempuhnya dengan iringan doa-doa.

TM



Selepas mengikuti kuliah TM pada hari ni, hasilnya saya telah membuat satu blog, saya baru cuba untuk berjinak-jinak dengan dunia IT. Pensyarah telah menerangkan cara2 untuk membuat blog dan menceritakan tentang kepentingan blog. Saya dapati melalui blog, kita dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Oleh itu,follower2 bolehlah memberi pendapat dan pandangan mereka agar kita dapat meningkatkan tahap kognitif kita.